Kejayaan di Jamu Susuk Dara


JSD di Buletin Utama TV3

jamu susuk dara

Hadiah Utama Pengedar JSD Terbaik 2013/2014

tv3

Jamu Susuk Dara (Jsd) di Buletin Utama Tv3

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 13hb September 2014 lalu, JAMU SUSUK DARA (JSD) telah mendapat liputan TV3 semasa malam pelancaran produk baru JSD . Pada malam itu juga pelbagai anugerah dan hadiah diberikan kepada ahli JSD antaranya pencapaian PENGEDAR JSD TERBAIK 2013/2014. Saya, NOOR SYAFURA BINTI ZAINAL ABIDIN telah dinobatkan sebagai PENGEDAR JSD TERBAIK 2013/2014 dan berjaya mendapat hadiah utama berupa kereta SAGA FLX SV 1.3..yang mana kereta tersebut telah dibayar sepenuhnya oleh pihak JSD. Liputan pada malam tersebut telah bersiaran di BULETIN UTAMA TV3 pada 17hb September 2014. Alhamdulillah ini merupakan kejayaan besar buat saya. Terima kasih tak terhingga kepada pihak JSD kerana telah memilih saya, di antara 63,000 warga JSD sebagai pemenang hadiah utama. Mungkin ini adalah berkat saya bersungguh-sungguh untuk berJSD selama 2tahun ini..juga berkat doa daripada keluarga tersayang..suami, ibu dan bapa saya. JSD ini umpama satu family besar..saya bernaung di bawah empire stokis, EMPIRE UMMU JSDARA yang sangat banyak membantu dan memberi tunjuk ajar buat saya. Terima kasih banyak-banyak kepada mummy stokis, UMMU JSDARA yang memberi tunjuk ajar sejak saya menjadi agen di bawah naungannya sehinggalah menjadi pengedar dan juga rakan-rakan satu empire yang banyak memberi sokongan. Tak lupa kepada orang yang paling banyak membantu saya, yang merupakan tulang belakang saya dalam berbisnes..tak lain tak bukan suami tercinta, EN. SHARIZAL SHAFEI. Hadiah ini adalah milik bersama..syukur ke hadrat Ilahi.

One thought on “Kejayaan di Jamu Susuk Dara

  1. Pingback: stokis JSD (jamu susuk dara) - Jamu Susuk Dara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.